Saturday, July 17, 2010

Aktiviti semalam

Salam,

Hi lovely reader.....
Lupa pulak nk update blog semalam...
Lagipun semalam tk berapa sihat, gara2 tak biasa pegi sauna agaknya. First time sauna, bila saya balik rumah je badan terus rasa lain macam. Agaknya saya memang dah ada simpton2 nak demam, so bila ke sauna lagi la merangsangkan kepanasan badan saya. Thats why after that badan terus rasa seram sejuk, habis segala sendi berdenyut2.

Walaupun demam, tapi saya masih gagah juga nak merayap, sebab merayap tu pun hobi saya juga. Lagipun dah janji dengan kawan2 satu MRSM untuk site visit Kalumpang Resorts.
We all plan nk buat next reunion batch we all kat situ. Owh, saya dah banyak kali pegi sana.
thats why la saya propose tempat tu kat kawan2 saya, sebab saya rasa tempat tu lain dari yang lain. Sekali sekala kita berkumpul di kawasan pinggir hutan pon syok jugak.

Gambar yang kawan saya ambil semalam saya yakin sgt2 dia belum upload lagi. Saya tau sangat la si minah gonjeng tu, dia kalau nak buat apa2 kena ikut mood dia jer. Kalau orang paksa2 memang dia tak makan saman punya la. So, saya upload je la gambar semasa saya dan family ke sana. Lagipun tempatnya sama jugak, tak de beza pon.......



cantik permandangan.....sejuk jer rasa!!
kami bertiga memang hantu air

my brother sedang mencuba nasib dgn memancing. dapat la 2 or 3 ekor anak ikan...




Cantikkan tempat dia......saya suka sangat berkelah tepi air terjun compare to berkelah tepi pantai. Sebab saya rasa kawasan air terjun reduh berbanding dengan kawasan pantai.
Tapi ada juga kawasan pantai yang wajib saya singgah setiap kali saya balik kampung.
yang ni saya akan story later yer. Gambar ni diambil masa celebration Birthday Haziq yang ke 9. So, nak bagi rasa adventures lagi, waktu tu saya dan suami decide untuk berkhemah di Kalumpang Resorts memandangkan, resort di situ fully book hingga ke hujung tahun, kalau nak menginap pada hujung minggu. Dasyat jugak kan.....saya dan suami pon mula la berangan nak beli tanah tepi jeram n nak buat style Kalumpang Resorts and Training Center. Maintenence pon tak de la tinggi mana. Air sedut jer dari sungai, foc jer. Kalau byk pakai duit pon bayar gaji staff, foods and letrik. But still its a good business oppurtunity kan???

Berbalik pd cerita reunion tadi, tak tahu la menjadi ke tidak plan kami untuk buat reunion. Maklum la bila organize benda2 macam nih, tukang support selalunya tk seramai tukang condemn. Mula2 diaorg sure punya la akan complain pasal tempat. Masing2 nak tempat yang dekat dengan tempat masing2. Kalau macam tu baik la buat regional reunion. Korang kumpul la sapa2 budak batch kita yang ada dekat area korang, then celebrate la sesama, boleh??? Memula pasal tempat kan, then pasal fee pulak. Yela kan, bila dah umur 30 plus nih, ramai yg dh berkeluarga compare dengan yg bujang. So, yang berkeluarga ni ada yang anak dah 2 or 3, n ada yang anak dah 4 or 6 org.....so, for them fee pon menjadi isu sebab charge by kepala. Kadang2 rasa pelik sebab masing2 semua berkerjaya, tak kan la sekali sekala nak holiday sambil bergathering dengan kawan2 pon nak berkira, kan??? So, this kind of isu yang akan menjadi topik hangat bila cadangan diusul nanti. Itu belum lagi berhadapan dengan kerenah yang akan tanya soalan2 remeh. So, now we all cuba untuk cari solution yang terbaik supaya dpt memenuhi keperluan semua pihak.....lagipun we all tk de cari sponsor this time!!! So, ikut suka hati korang la nk join ke idak......kalau berkira sgt, tok sah byk cikadak nk complaint2.....tak nak join pon tk pe!!!

So, semalam Haziq sorang jer yang berendam, orang lain tak including me. Saya memang plan tak nak mandi sebab saya tak sihat. Yang lain2 semua menyesal sebab tak bawa baju lebih, kalau tak blh join berendam sekali dgn Haziq. Its ok next time kita camping kt sini yer korang!!!

So after balik dari Kalumpang, saya dapat tidur sekejap jer.
Lepas tu kena bangun sebab kena hantar anak bujang pegi kelas piano.
Nasib baik semalam his piano teacher kata kelas 1 hour sebab ganti kelas yang Haziq tak datang.
Boleh la saya sambung tidur balik. Lepas tu bangun ambil Haziq dan hantar adik pegi Meru rumah kakak. Lepak sana sampai malam, pukul 10 mlm baru balik rumah. Iya, suami saya tiada di rumah.....sebab tu la balik lambat. Ni pon nasib baik saya tak sihat, so tak dapat la saya memanjangkan langkah saya dengan lebih panjang lagi.

Hari ni pulak plan nak ke kajang. Tgk awan dah start mendung pulak.....baru jer basuh kereta pagi tadi. Hari ni saya try hantar basuh kereta kat tempat lain pula. Tp kedai tu charge saya rm 13, mahal pulak!!! Selalu kalau saya hantar kereta ke car wash, saya just bayar rm 9 jer. Agaknya dia tgk pompuan ni cerewet sgt kut, tu pasal la dia charge mahal kat saya. Tapi tak pe, janji saya puas hati. Lepas nih saya nak basuh kereta sendiri je la kat rumah, jimat sikit. Sebenarnya saya memang nak basuh kereta kat rumah jer, semua kelengkapan basuh kereta suami saya dah beli. Machine yang sembur air tu pon ade, tapi tak tahu kenapa saya rasa malu pula kalau jiran tgk. Padahal diaorg tak kisah pon, kan. Sure diaorg cakap, "rajinnya ie basuh kereta, kalau basuh kereta aku sekali pon ok jugak".......hhheee.....hhhee.....

ok la, saya nk vakum rumah.....lagi lama saya mengadap komputer, tak jadi kerja pulak nanti!!!
Kalau esok ada cerita best nanti saya story lagi....Btw, kalau ada masa, singgah la di butik online saya....klik saja link di bawah yer.....




Bye lovely readers.....