Saturday, July 17, 2010

Aktiviti semalam

Salam,

Hi lovely reader.....
Lupa pulak nk update blog semalam...
Lagipun semalam tk berapa sihat, gara2 tak biasa pegi sauna agaknya. First time sauna, bila saya balik rumah je badan terus rasa lain macam. Agaknya saya memang dah ada simpton2 nak demam, so bila ke sauna lagi la merangsangkan kepanasan badan saya. Thats why after that badan terus rasa seram sejuk, habis segala sendi berdenyut2.

Walaupun demam, tapi saya masih gagah juga nak merayap, sebab merayap tu pun hobi saya juga. Lagipun dah janji dengan kawan2 satu MRSM untuk site visit Kalumpang Resorts.
We all plan nk buat next reunion batch we all kat situ. Owh, saya dah banyak kali pegi sana.
thats why la saya propose tempat tu kat kawan2 saya, sebab saya rasa tempat tu lain dari yang lain. Sekali sekala kita berkumpul di kawasan pinggir hutan pon syok jugak.

Gambar yang kawan saya ambil semalam saya yakin sgt2 dia belum upload lagi. Saya tau sangat la si minah gonjeng tu, dia kalau nak buat apa2 kena ikut mood dia jer. Kalau orang paksa2 memang dia tak makan saman punya la. So, saya upload je la gambar semasa saya dan family ke sana. Lagipun tempatnya sama jugak, tak de beza pon.......



cantik permandangan.....sejuk jer rasa!!
kami bertiga memang hantu air

my brother sedang mencuba nasib dgn memancing. dapat la 2 or 3 ekor anak ikan...




Cantikkan tempat dia......saya suka sangat berkelah tepi air terjun compare to berkelah tepi pantai. Sebab saya rasa kawasan air terjun reduh berbanding dengan kawasan pantai.
Tapi ada juga kawasan pantai yang wajib saya singgah setiap kali saya balik kampung.
yang ni saya akan story later yer. Gambar ni diambil masa celebration Birthday Haziq yang ke 9. So, nak bagi rasa adventures lagi, waktu tu saya dan suami decide untuk berkhemah di Kalumpang Resorts memandangkan, resort di situ fully book hingga ke hujung tahun, kalau nak menginap pada hujung minggu. Dasyat jugak kan.....saya dan suami pon mula la berangan nak beli tanah tepi jeram n nak buat style Kalumpang Resorts and Training Center. Maintenence pon tak de la tinggi mana. Air sedut jer dari sungai, foc jer. Kalau byk pakai duit pon bayar gaji staff, foods and letrik. But still its a good business oppurtunity kan???

Berbalik pd cerita reunion tadi, tak tahu la menjadi ke tidak plan kami untuk buat reunion. Maklum la bila organize benda2 macam nih, tukang support selalunya tk seramai tukang condemn. Mula2 diaorg sure punya la akan complain pasal tempat. Masing2 nak tempat yang dekat dengan tempat masing2. Kalau macam tu baik la buat regional reunion. Korang kumpul la sapa2 budak batch kita yang ada dekat area korang, then celebrate la sesama, boleh??? Memula pasal tempat kan, then pasal fee pulak. Yela kan, bila dah umur 30 plus nih, ramai yg dh berkeluarga compare dengan yg bujang. So, yang berkeluarga ni ada yang anak dah 2 or 3, n ada yang anak dah 4 or 6 org.....so, for them fee pon menjadi isu sebab charge by kepala. Kadang2 rasa pelik sebab masing2 semua berkerjaya, tak kan la sekali sekala nak holiday sambil bergathering dengan kawan2 pon nak berkira, kan??? So, this kind of isu yang akan menjadi topik hangat bila cadangan diusul nanti. Itu belum lagi berhadapan dengan kerenah yang akan tanya soalan2 remeh. So, now we all cuba untuk cari solution yang terbaik supaya dpt memenuhi keperluan semua pihak.....lagipun we all tk de cari sponsor this time!!! So, ikut suka hati korang la nk join ke idak......kalau berkira sgt, tok sah byk cikadak nk complaint2.....tak nak join pon tk pe!!!

So, semalam Haziq sorang jer yang berendam, orang lain tak including me. Saya memang plan tak nak mandi sebab saya tak sihat. Yang lain2 semua menyesal sebab tak bawa baju lebih, kalau tak blh join berendam sekali dgn Haziq. Its ok next time kita camping kt sini yer korang!!!

So after balik dari Kalumpang, saya dapat tidur sekejap jer.
Lepas tu kena bangun sebab kena hantar anak bujang pegi kelas piano.
Nasib baik semalam his piano teacher kata kelas 1 hour sebab ganti kelas yang Haziq tak datang.
Boleh la saya sambung tidur balik. Lepas tu bangun ambil Haziq dan hantar adik pegi Meru rumah kakak. Lepak sana sampai malam, pukul 10 mlm baru balik rumah. Iya, suami saya tiada di rumah.....sebab tu la balik lambat. Ni pon nasib baik saya tak sihat, so tak dapat la saya memanjangkan langkah saya dengan lebih panjang lagi.

Hari ni pulak plan nak ke kajang. Tgk awan dah start mendung pulak.....baru jer basuh kereta pagi tadi. Hari ni saya try hantar basuh kereta kat tempat lain pula. Tp kedai tu charge saya rm 13, mahal pulak!!! Selalu kalau saya hantar kereta ke car wash, saya just bayar rm 9 jer. Agaknya dia tgk pompuan ni cerewet sgt kut, tu pasal la dia charge mahal kat saya. Tapi tak pe, janji saya puas hati. Lepas nih saya nak basuh kereta sendiri je la kat rumah, jimat sikit. Sebenarnya saya memang nak basuh kereta kat rumah jer, semua kelengkapan basuh kereta suami saya dah beli. Machine yang sembur air tu pon ade, tapi tak tahu kenapa saya rasa malu pula kalau jiran tgk. Padahal diaorg tak kisah pon, kan. Sure diaorg cakap, "rajinnya ie basuh kereta, kalau basuh kereta aku sekali pon ok jugak".......hhheee.....hhhee.....

ok la, saya nk vakum rumah.....lagi lama saya mengadap komputer, tak jadi kerja pulak nanti!!!
Kalau esok ada cerita best nanti saya story lagi....Btw, kalau ada masa, singgah la di butik online saya....klik saja link di bawah yer.....




Bye lovely readers.....

Friday, July 16, 2010

Hobi Baru.....



Salam friends.....

teruk betul saya.dalam last entry saya dulu, saya ada sebut konon nk merajinkan diri update cerita saya.
tapi nampaknya itu hanya angan2 saya semata2, kan???
setiap hari memang saya sentiasa terfikir nak update cerita saya.
macam2 cerita yang menyeronokkan yang berlaku dalam hidup saya.tapi kemalasan menguasi diri.....dalam seminggu adalah 2 or 3 kali saya online
(tak blh online hari2, nnt tk jadi kerja pulak!!!)
dalam otak saya, macam2 cerita yang saya nak tulis.
tapi setiap kali saya on komputer, benda pertama yg akan saya jengah....

1. yahoo
check email adalah satu kemestian, lagi2 bila saya terjebak dalam perniagan online.
kalau pembaca yang jelita sekelian sudi, add la FB "blouse idaman" sebagai kawan anda dalam facebook. ada banyak tunic2 (blouse), yg menarik kat situ (sempat lagi buat promo).

2. facebook
kalau dah namanya berinternet.....tak buka facebook memang tak sah!!! saya suka buka facebook sebab di laman web ini sahaja saya dapat melihat perkembangan kawan2 saya dan menjadi tempat untuk bertanya khabar. maklum la, walaupun ada handphone, tp kalau dapat berhubung melalui facebook jimat sikit bil handphone, betul tak kawan2??? :)

3. viikii
ok, dah namanya peminat drama.....so, bg peminat kipas susah mati drama yang suka tgk di streaming site (especially drama korea, taiwan n jepun), adalah wajib untuk menyinggah di laman web ini. kalau tak singgah memang bukan peminat drama la tuh!!!
disebabkan nafsu saya lebih tertarik dengan laman2 web yang saya sebut di atas, menyebabkan saya tidak dapat memenuhi hajat saya untuk menaip blog. sebagai seorang isteri dan ibu, saya perlu membataskan masa saya untuk menghadap komputer. kalau la semua ni ada masa zaman saya muda remaja, tak tahu la apa jadi dengan saya. agaknya lebam biji mata saya asyik mengadap komputer saja.

ini pon saya sangat bersyukur kerana saya dapat mengawal nafsu untuk tidak terjebak dalam permainan komputer lagi. cukup la game terakhir yang saya main "Plant vs Zombie", yang menyebabkan saya lalai sehingga seminggu dapur saya tak berasap. nasib baik restoren2 berhampiran rumah saya melakukan delivery. so, saya tak perlu meninggalkan rumah untuk membeli makanan.....teruk kan???? kalau la mak mertua saya tahu.....harus kena ceramah sepanjang tahun!!!

owh, sebenarnya saya nak cerita pasal hobi terbaru saya. hobi terbaru saya sekarang ialah mencantikkan muda saya dan orang lain kalau ada yang berminat la.saya tak tahu macam mana saya suka sangat dengan make up. mungkin minat tu timbul selepas saya menjadi ahli mary kay sebab nak dapatkan diskaun untuk membeli barangan skin care saya. owh, tak tahu macam mana nk cakap.....saya memang suka produk penjagaan muka mary kay. akhirnya saya telah menemui produk yang sesuai dengan muka saya. nanti kalau ada masa saya tunjukkan pada pembaca sekelian produk penjagaan mary kay saya di lain entry. cerita saya yang seterusnya, bkn bertujuan utk promosi yer....no...no...no....tidak sekali2. ok, berbalik pada habi baru saya tadi kan.....lepas saya join mary kay, macam biasa orang yang mengajak saya join mary kay tu kan, ajak la saya attend aktiviti2 yang mereka lakukan. pada mulanya saya rasa seronok sangat sebab aktiviti mary kay nih memang aktiviti yang berkaitan dengan kesukaan orang perempuan seperti menjaga kecantikan muka, belajar grooming, ada kelas motivasi dan sebagainya. so, masa saya join aktiviti skin care di mary kay office di PJ, saya sangat teruja bila melihat wanita2 di mary kay semua berpakaian kemas, bermake up dan cantik2 belaka. dari situ timbul pula minat untuk bermake up dengan cara yang betul seperti mereka. sebelum saya join mary kay, saya bukan la seorang yang selekeh pon....kalau dulu saya juga seorang yang suka bergaya tapi tk pandai nk bermake up secara detail. kalau keluar rumah tu, cukup jer dengan berbedak dan berlipstick sahaja. saya sangat takut utk touch bahagian mata, apatah lagi memakai blusher. kalau silap pakai blusher mau muka saya jadi mcm badut!!!

so, bila dah teringin sangat nak bermake up macam ladies2 di mary kay tu kan.....mula2 saya order segala make up2 yang ada dalam katalog mary kay, dari brush set, liquid foundation hingga la ke kaler2 eye shadow, lipstick dan blusher. bila barangan dah sampai saya mula belajar make up dari youtube, tgk majalah dan attend kelas2 make up yang diorganize oleh ladies2 cun di mary kay. lepas tuh, kerana minat saya menyertai pula kelas basic make up di red glow akademi. so, lepas saya ke akademi tu, saya semakin expert mewarnakan muka saya especially bahagian mata. dan sekarang saya sudah yakin untuk make up orang lain selain diri saya, setelah banyak kali saya practicekan diri saya dengan make upkan orang lain. pantang kawan2 saya datang rumah mesti bila diaorg balik semuanya kelihatan cantik bermake up.

first job saya setelah lama practice adalah memake upkan kawan saya yg merupakan jiran saya jugak iaitu kak lynn aka lynnhassan. kak lynn minta saya make upkan dia utk photoshot buku cupcake dia. saya hanya make upkan dia simple sahaja, sesuai dengan muka kak lynn yang lebut lagi ayu. saya tk nk dia kelihatan over, saya mahu kak lynn kelihatan suci dan mulus gitu.....alhamdulillah kak lynn puas hati dengan kerja saya, walaupon agak mencabar saya nk pakaikan eyeliner dan maskara di mata kak lynn sbb dia asyik berkelip non stop.....macam mana tu????



ni lah first job saya.....tp tang mata tu, mmg saya sgt tk berpuas hati. sgt mencabar nk touch up mata kak lynn yang asyik berkelip2 tanpa henti!!!




and job saya akan datang, pada 24 july nih saya akan make upkan adik kawan saya, diana (pon tokey cake dan cupcake juga) sempena majlis pertunangannya. last week saya pegi ke rumah diana utk trial make over. alhamdulillah, both of them sgt happy with the result!!!




n this is nina sebelah tu yours truely lerrr.......




dan untuk menambahkan ilmu di dada, end of july ni saya ada kelas make up lagi bersama seorang professional make up artist di Malaysia. nanti saya akan review pada pembaca2 saya yg jelita pasal kelas yang akan saya attend nanti.

ok la....saya dh dua tiga kali menguap, ngantuk sgt dah nih. rasa nak demam pon ada selepas sauna petang tadi.....see u all next time.

good night n bye!!!!


p/s: nampak berseri sikit blog saya bila ada gambar, kan????