Thursday, August 4, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Salam peeps,

tetiba tergerak hati nak update blog.....
setelah setahun, gila lama baru nak update...
orang pon dah lupa blog ni kut!!!
agaknya sempena bulan ramadhan nih
aku telah mendpt hidayah utk berbloging balik (tiba2 pulak)

semalam aku terlajak tido sampai subuh ke mana, sahur apatah lagi.
terpaksa kada solat subuh, bila aku tersedar pukul 7.30am.
rasa bersalah pulak dengan haziq sebab tak bangun sahur.
anak aku tu dah la kurus kering, puasa dengan tak sahur pulak tu.
pas tuh risau kut la dia tak tahan, tetiba nk berbuka ke, sayang pulak.
nasib cuaca semalam mendung aje, udara pon nyaman.
aku ingat itu pon salah satu faktor dia dapat bertahan walaupon tak sahur.
itu pon masa aku kejut bangun pagi sbb nk ke rehal,
sibuk dia tanya aku kenapa aku tak bangun.
pas tuh siap tanya masa aku kecik2 besar dia,
kalau aku tk bangun sahur, aku puasa tak??
hhhmmm, nk ngelat la tuh....

aku pon pelik, kenapa pulak hari tu aku tak bangun.
lena betul tido, sbb faktor cuaca kut. hujan + sejuk, lagi syok tido.
b4 this kalau alarm phone bunyi, sepantas kilat aku sedar.
aku suspek la, may be alarm tu bunyi then aku tekan off.
pas tuh aku sambung tido balik...
sebab tk puas hati. so, pagi tadi aku buat kajian.
gila, tetiba nk buat kajian cemana blh terlajak tk bangun sahur.
aku set 3 alarm kt hp aku, start dengan pukul 4.30am.
since aku dah masak siap2 lauk utk sahur.....
so, the next morning aku tinggal nk hangatkan aje la.
then pukul 4.45 am n last sekali 5 am.
so, pagi tu masa alarm bunyi pukul 4.30am, aku offkan.
tk tahu bila masa ntah aku terlelap.
tetiba dgr satu lagi bunyi alarm time tu dh pukul 4.45am,
terus melompat mak bangun nk panaskan lauk.
so hasil kajian, nmpknye mmg confirm la aku tido balik masa first alarm tu bunyi.
mmg lepas ni kalau nk selamat kena set alarm setiap minit agaknya

korang yg agak2 liat sgt nk bangun sahur tu, sila2 la set alarm setiap minit.
biar handphone tu bunyi tak berenti2....
kalau tk bangun jugak kata member aku
mmg kena pakai siren bomba!!!

sempena bulan ramadhan nih aku ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

semoga ibadat kita bertambah dan diberkatiNYA