Tuesday, April 30, 2013

Angin berblogging sudah mari....

Tiba-tiba terasa nak berblogging pulak
Kesian blog aku setahun sekali baru update
Mungkin angin rajin datang sebab esok cuti
Walaupun aku SAHM, tapi bila anak cuti, aku pon gembira
Tak de la kelam kabut esok pagi siapkan anak sulong untuk ke sekolah

Pagi tadi masa sarapan, aku bincang dengan Haziq menu untuk makan tengahari nanti (mmg tu la topik kegemaran setiap pagi)
Aku cakap kat dia hari nih aku rasa nak masak telur rebus masak kurma dengan ayam goreng pedas
Haziq kata best jugak tu
Lepas balik dari hantar haziq ke sekolah aku pon merebus telur
Kebetulan Hazim dah bangun so bawa Hazim jalan2 kat laman sambil jenguk2 tanaman
Syukur alhamdulillah semalam hujan, jimat air dan tenaga sebab tak payah siram pokok dah.....terima kasih, Ya ALLAH
Nampaknya benih bayam pon dah mula tumbuh
Lepas nih sayur dah tak payah beli la 
Sejak ada Hazim aku banyak terdedah dengan group2 fb ibu2 yerrr
Macam2 group aku join antaranya group solid food for my baby dengan group HSFFYB
2 group nih la yang menyebabkan aku datang angin nak menanam sayur-sayuran konon nak makan sayuran organik untuk kesihatan
Nak jaga kesihatan punya pasal, aku pon nak makan semua yg organik la kalau boleh
So sebelum terjebak dengan aktiviti menanam sayuran ni maka aku ke kedai organik dulu konon nk beli sayur-sayuran dan buah-buahan organik untuk keluarga
Tapi aku terkujat tengok harga sayur organik nih, tak pernah tahu pon harganya boleh tahan la jugek.....nak tercekik rasa
Sebab tu la decide nak tanam sendiri jer jimat harap2 tangan aku nih tangan hijau la yerrr
Lagipun elok sangat la bercucuk tanam nih, bertambah aktiviti aku kat rumah

Ok sambung cerita pasal menu tengahari tadi, bila telur rebus dah masak, tiba-tiba aku tukar fikiran nak masak sambal telur rebus goreng 
Rasa dah lama pulak tak makan lauk sambal telur rebus goreng
Jadinya menu tengahari aku hari bertukar menjadi ayam kurma dengan sambal telur rebus goreng
Sia-sia jer bincang dengan haziq pasal menu tengahari
Last-last ikut selera tekak aku jugak.....sori, la nak!!!

Alamak story pasal lauk pauk nih tetiba rasa lapar pulak
Ok la, nk makan pulak.....mokcik belum makan malam lagi nih....
Akhir sekali, sila la menjamu mata dengan menu tengahari saya 






Sambal Telur Rebus Goreng





Ayam Kurma