Thursday, August 11, 2011

Macamana nak jawab nih???

sekarang nih byk betul jenayah kat malaysia
kalau tgk berita jam 8, macam2 jenayah ada
merompak, meragut, mencuri, memeras ugut,
menyuap, menerima suapan, membunuh, merogol,
meliwat, mendera dan macam2 lagi la

kadang2 rasa malas jer nk tgk berita
bila tgk berita jer nnt anak sibuk tya itu ini
nak jawab pon tk reti
dan hari ini ada kes liwat kat berita
aku tak dgr sgt sbb tgh mengaji sementara nak tunggu isya'
tetiba haziq dtg kat aku

haziq : ibu....
aku : ya, haziq...
haziq : meliwat tu apa???

baru jer merasa ketenangan jiwa masa mengaji tadi
tiba2 diaju soalan macam ni, terdiam aku sekejap
aku cakap kat dia, meliwat tu perbuatan yg tk baik.....
perbuatan yg berdosa
dan respond anak aku hanya lah.....oowwhhh

eh, betul ke aku jawab macam tu???
agaknya dlm hati dia mesti tertanya2
perbuatan apa la yg tak baik sgt tu???
patut ke aku terangkan secara terperinci
macamana perbuatan meliwat tu

mak apa la aku nih, tk prepare langsung dgn soalan anak yg mcm nih
nampak sgt tk membaca, tu la asyik baca blog gossip aje
blog ilmiah tk nk baca....

last month pon sama, bila dia tanya aku

haziq : ibu, akil baligh tu apa
ibu : (sambil berfikir sejenak) akil baligh tu bila haziq tido haziq mimpi basah
haziq : mimpi basah tu apa
ibu : eerrkkk.....

iye aku tau, sungguh tk ilmiah jawapan aku
mesti dia rasa dia dah lama akil baligh sbb
dulu2 asal dia bangun tido jer
tilam dia mesti basah sbb kencing masa tido

aku mmg betul2 tak prepare nak jawab soalan macam ni kt anak aku
pening juga kepala bila anak dah start tanya soalan2 yang macam nih
iiisshhh, macamana yer nak bg jawapan yg sesuai
cer bg idea kat aku sikit.....

P/S : esok pukul 8pm confirm aku tutup tv......






Thursday, August 4, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Salam peeps,

tetiba tergerak hati nak update blog.....
setelah setahun, gila lama baru nak update...
orang pon dah lupa blog ni kut!!!
agaknya sempena bulan ramadhan nih
aku telah mendpt hidayah utk berbloging balik (tiba2 pulak)

semalam aku terlajak tido sampai subuh ke mana, sahur apatah lagi.
terpaksa kada solat subuh, bila aku tersedar pukul 7.30am.
rasa bersalah pulak dengan haziq sebab tak bangun sahur.
anak aku tu dah la kurus kering, puasa dengan tak sahur pulak tu.
pas tuh risau kut la dia tak tahan, tetiba nk berbuka ke, sayang pulak.
nasib cuaca semalam mendung aje, udara pon nyaman.
aku ingat itu pon salah satu faktor dia dapat bertahan walaupon tak sahur.
itu pon masa aku kejut bangun pagi sbb nk ke rehal,
sibuk dia tanya aku kenapa aku tak bangun.
pas tuh siap tanya masa aku kecik2 besar dia,
kalau aku tk bangun sahur, aku puasa tak??
hhhmmm, nk ngelat la tuh....

aku pon pelik, kenapa pulak hari tu aku tak bangun.
lena betul tido, sbb faktor cuaca kut. hujan + sejuk, lagi syok tido.
b4 this kalau alarm phone bunyi, sepantas kilat aku sedar.
aku suspek la, may be alarm tu bunyi then aku tekan off.
pas tuh aku sambung tido balik...
sebab tk puas hati. so, pagi tadi aku buat kajian.
gila, tetiba nk buat kajian cemana blh terlajak tk bangun sahur.
aku set 3 alarm kt hp aku, start dengan pukul 4.30am.
since aku dah masak siap2 lauk utk sahur.....
so, the next morning aku tinggal nk hangatkan aje la.
then pukul 4.45 am n last sekali 5 am.
so, pagi tu masa alarm bunyi pukul 4.30am, aku offkan.
tk tahu bila masa ntah aku terlelap.
tetiba dgr satu lagi bunyi alarm time tu dh pukul 4.45am,
terus melompat mak bangun nk panaskan lauk.
so hasil kajian, nmpknye mmg confirm la aku tido balik masa first alarm tu bunyi.
mmg lepas ni kalau nk selamat kena set alarm setiap minit agaknya

korang yg agak2 liat sgt nk bangun sahur tu, sila2 la set alarm setiap minit.
biar handphone tu bunyi tak berenti2....
kalau tk bangun jugak kata member aku
mmg kena pakai siren bomba!!!

sempena bulan ramadhan nih aku ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

semoga ibadat kita bertambah dan diberkatiNYA